Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 12

A A A
Alkitab Versi Borneo

Hidup dalam kasih

9Kasih hendaklah bersih daripada pura-pura. Bencilah kejahatan. Berpeganglah kepada kebaikan. 10Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan; 11jangan biarkan kerajinanmu berkurangan; hendaklah semangat rohanimu tetap berkobar-kobar; sentiasa abdikan diri kepada Tuhan. 12Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa. 13Berilah bantuan untuk memenuhi keperluan orang salih, dan berikan tempat menumpang.

14APohonlah berkat bagi orang yang menganiaya kamu, dan jangan kutuk mereka. 15Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis. 16BBersatu hatilah sesama kamu. Jangan tinggi hati, sebaliknya bergaullah dengan golongan yang sederhana. Jangan anggap dirimu bijaksana.

17Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Perhatikan apa yang baik di mata semua orang. 18Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia.