Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 7

A A A
Alkitab Versi Borneo

Doa Daud yang dinyanyikan kepada TUHAN tentang Kush, orang Benyamin. 1Ya TUHAN, ya Allahku,

pada-Mu aku bernaung;

selamatkan dan lepaskan aku daripada semua yang memburuku,

2jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa

dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku.

3Ya TUHAN, ya Allahku,

jika aku telah melakukan ini

dan tanganku bergelumang dosa –

4jika aku telah berbuat jahat kepada orang yang baik denganku

atau tanpa sebab aku telah merampas milik musuhku –

5maka biarlah musuhku memburu dan menangkapku;

biar dia melanyak nyawaku ke tanah dan membuatku tidur dalam debu.

6Bangkitlah, ya TUHAN, dalam kemarahan-Mu;

bangkit melawan keberangan para musuhku.

Jagalah, ya TUHAN; firmankan keadilan.

7Biarlah perhimpunan jemaah umat mengelilingi-Mu.

Perintahlah mereka dari tempat-Mu yang tinggi;

8biar TUHAN menghakimi segala umat.

Hakimi aku, ya TUHAN, berasaskan perbenaranku,i

berasaskan keikhlasanku,

Ya TUHAN Maha Tinggi.

9AYa Allah yang benar,

yang menyoroti fikiran dan hati,

tamatkan keganasan orang zalim

dan pastikan keselamatan orang yang benar.

10Perisaiku Allah Maha Tinggi,

yang menyelamatkan orang tulus.

11Allah hakim yang benar,

Allah menunjukkan kemurkaan-Nya setiap hari.

12Jika manusia tidak bertaubat,

Dia akan mengasah pedang-Nya;

Dia akan memasang panah-Nya.

13Dia telah menyiapkan senjata-senjata-Nya yang membawa maut;

Dia menyediakan anak-anak panah-Nya yang menyala.

14Orang yang menghamilkan kejahatan

dan membenihkan kekacauan akan melahirkan kekecewaan.

15Orang yang menggali lubang

akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya.

16Kekacauan yang disebabkannya akan memantul ke atas dirinya;

keganasannya menimpa kepalanya sendiri.

17Aku akan bersyukur kepada TUHAN

kerana apa yang dilakukan-Nya adalah benar

dan akan menyanyikan pujian bagi nama TUHAN Maha Tinggi.