Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Nehemia 4

A A A
Alkitab Versi Borneo

Penentangan terhadap pembinaan semula

1Begitu terganggu dan teramat marahlah Sanbalat apabila didengarnya bahawa kami sedang membina semula tembok itu lalu dia mengolok-olokkan orang Yahudi. 2Maka di hadapan saudara-saudaranya dan tentera Samaria dia berkata, "Apalah sangat yang terdaya dilakukan orang Yahudi yang lemah ini? Adakah mereka akan membina semula apa-apa sahaja yang dikehendaki mereka? Adakah mereka mahu mempersembahkan korban? Adakah mereka akan selesai pada hari ini? Adakah mereka akan menghidupkan kembali batu-batu daripada timbunan puing yang telah terbakar itu?"

3Tobia, bani Amon yang ada berdekatan dengannya, berkata, "Meskipun mereka membinanya semula, tembok batu mereka itu akan roboh walaupun hanya seekor rubah yang memanjatnya."

4Ya Allah kami, dengarlah bagaimana kami menjadi hinaan. Balikkanlah celaan mereka kepada diri mereka sendiri dan serahkanlah mereka sebagai rampasan di negeri tempat tawanan. 5Janganlah tutup kesalahan mereka dan janganlah hapuskan dosa mereka dari hadapan-Mu, kerana mereka telah membangkitkan murka-Mu di depan pembina yang sedang menjalankan kerja pembinaan itu.

6Kami terus membina semula tembok sehingga seluruh tembok itu siap setakat separuh ketinggiannya, berkat usaha umat yang sememangnya bekerja dengan penuh tekad.