Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Nehemia 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Doa Nehemia bagi orang Israel

1Nehemia anak Hakhalya meriwayatkan:

Pada bulan Kislew tahun kedua puluh, ketika aku berada di kubu kota Susan, 2datanglah Hanani, salah seorang saudaraku, bersama-sama beberapa orang dari Yehuda. Aku bertanya kepada mereka tentang orang Yahudi yang berjaya bolos, yang terselamat setelah pembuangan mereka, dan tentang Yerusalem. 3Kata mereka kepadaku, "Saki-baki orang yang masih tinggal di wilayah sana, yang terselamat setelah pembuangan berada dalam kesusahan besar dan dalam keadaan tercela. Apatah lagi, tembok Yerusalem telah dirobohkan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dijilat api." 4Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari.

Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit, 5kataku, "Ya Tuhan, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya, 6semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku,i telah berdosa terhadap Engkau. 7Teramat fasiq kelakuan kami terhadap Engkau, dan kami tidak berpegang teguh pada segala perintah, segala ketetapan, dan segala peraturan yang telah Kausampaikan melalui hamba-Mu iaitu Musa. 8AIngatlah firman yang telah Kauperintahkan kepada Musa, hamba-Mu, "Jika kamu berbuat mungkar, maka Aku akan menyelerakkan kamu antara bangsa lain. 9BTetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan berpegang teguh pada segala perintah-Ku serta melakukannya, maka sekalipun orangmu yang terbuang ada di hujung langit, Aku akan mengumpulkan mereka dari sana dan membawa mereka ke tempat yang telah Kupilih untuk membuat nama-Ku bersemayam di sana."

10Mereka ini ialah para hamba-Mu dan umat-Mu yang telah Kautebus dengan kuasa-Mu yang besar dan dengan kekuatan-Mu. 11Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini."

Pada waktu itu aku menjadi jururasa santapan raja.