Alkitab Versi Borneo |
Gunung persemayaman Tuhan 1Pada hari-hari terakhir gunung tempat Bait Tuhan akan ditegakkan sebagai puncak semua gunung dan akan ditinggikan melebihi bukit-bukit, dan orang akan berduyun-duyun ke sana. 2Banyak bangsa akan datang dan berkata, "Mari kita naik ke gunung Tuhan, ke Rumah Allah Yakub. Dia akan mengajar jalan-jalan-Nya kepada kita, sehingga kita dapat melangkah di jalan-jalan-Nya." Sememangnya, hukum akan keluar dari Sion dan firman Tuhan dari Yerusalem. 3ADia akan menjadi hakim antara banyak suku bangsa dan akan memutuskan perkara bagi bangsa-bangsa yang kuat sampai ke tempat yang jauh. Mereka akan menempa pedang mereka menjadi mata bajak dan tombak mereka menjadi pisau pemangkas. Bangsa tidak akan lagi mengangkat pedang terhadap bangsa dan mereka tidak akan lagi belajar ilmu peperangan. 4BSetiap orang akan duduk di bawah pokok anggurnya dan di bawah pokok aranya tanpa ada yang mengusik, kerana Tuhan alam semesta telah berfirman. 5Sekalipun segala suku bangsa hidup dalam nama tuhan masing-masing, tetapi hidup kita akan tetap dalam nama Tuhan, Allah kita, untuk seterusnya dan selama-lamanya.