Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mikha 7

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mikha merintih kerana akhlak orang Israel

1Malangnya aku!

Kerana keadaanku seperti keadaan setelah tamatnya masa pengumpulan buah-buahan musim panas,

seperti keadaan setelah tamatnya masa pemetikan susulan buah anggur.

Tidak ada setandan anggur untuk dimakan atau buah ara pertama yang kusukai.

2Kalangan salih telah hilang dari bumi,

tidak ada lagi yang tulus antara manusia.

Mereka semua mengancam dan menantikan darah,

setiap orang memburu saudaranya dengan jaring.

3Kedua-dua belah tangan mereka terampil berbuat jahat,

para pembesar meminta hadiah,

para hakim menerima rasuah,

dan orang besar berbicara jahat sesuka hati.

Demikianlah mereka bermuafakat bersama-sama.

4Orang yang terbaik di antara mereka seperti onak,

orang yang paling tulus bagai pagar duri.

Hari bagi para penjagamu, hari penghukumanmu, telah tiba.

Sekarang mereka akan menjadi keliru.

5Janganlah percaya kepada jiran,

janganlah menaruh keyakinan kepada para sahabat.

Jagalah pintu mulutmu terhadap perempuan yang berbaring di pangkuanmu.

6AAnak laki-laki menghina ayahnya,

anak perempuan bangkit melawan ibunya,

menantu perempuan melawan ibu mertuanya.

Musuh seseorang ialah ahli keluarga rumahnya sendiri.

Pengharapan baru bagi Sion

7Tetapi bagiku, aku akan menengadah kepada Tuhan.

Aku akan berharap kepada Tuhan, Penyelamatku.

Allahku akan mendengar aku.