Alkitab Versi Borneo |
Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud apabila ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba.
1Kasihanilah aku, ya Allah,
demi kasih setia-Mu yang kekal;
demi belas kasih-Mu yang melimpah hapuskanlah dosaku. 2Bersihkan aku daripada kejahatanku, sucikan aku daripada dosaku. 3Kerana aku mengakui kesalahanku, dan sentiasa sedar akan dosaku. 4AKepada-Mu, hanya kepada-Mu, aku berdosa dan melakukan kejahatan di pandangan-Mu, maka Engkau didapati benar dalam kata-kata-Mu, dan penghakiman-Mu tidak bercela. 5Aku telah dilahirkan dalam kejahatan, dan dalam dosa ibuku mengandungkan aku. 6Engkau menghendaki kebenaran dalam diri; dan di lubuk jiwaku Engkau akan mengajarku mengenal kebijaksanaan. 7Bersihkan aku dengan hisop, supaya aku suci; basuhlah aku sehingga lebih putih daripada salji.