Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 118

A A A
Alkitab Versi Borneo
1ABersyukurlah kepada TUHAN kerana kebaikan-Nya;

kasih-Nya kekal selama-lamanya.

2Biarlah Israel berkata:

"Kasih-Nya kekal selama-lamanya."

3Biarlah keturunan Harun berkata:

"Kasih-Nya kekal selama-lamanya."

4Biarlah mereka yang takut akan TUHAN berkata:

"Kasih-Nya kekal selama-lamanya."

5Aku berseru kepada TUHAN dalam kesusahan,

TUHAN menjawabku dan meletakkan aku di tempat yang lapang.

6BTUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut.

Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?

7TUHAN menyokongku dalam kalangan mereka yang menolongku.

Oleh itu, aku akan melihat kehendakku berlaku ke atas mereka yang membenciku.

8Lebih baik menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN

daripada meletakkan keyakinan kepada manusia.

9Lebih baik berlindung kepada TUHAN

daripada percaya kepada raja-raja.

10Semua bangsa telah mengepungku,

namun dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka.

11Mereka telah mengepungku,

namun dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka.

12Mereka telah mengepungku seperti lebah,

mereka dihapuskan seperti api daripada duri; kerana dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka.

13Aku ditolak dengan ganas supaya aku tersungkur,

tetapi TUHAN menolongku.

14CTUHAN adalah kekuatan dan nyanyianku;

dan Dia telah menjadi penyelamatanku.

Mazmur 118

A A A
Alkitab Versi Borneo
26ADiberkatilah orang yang datang dalam nama TUHAN.

Kami telah memberkatimu dari rumah TUHAN.

27Allah adalah TUHAN,

dan Dia telah memberi kita cahaya.

Ikatlah korban dengan tali ke tanduk mazbah.

28Engkau Allahku, dan aku akan memuji-Mu;

Engkau Allahku, aku akan meninggikan-Mu.

29Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya;

kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya.