Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 107

A A A
Alkitab Versi Borneo

Jilid V: 107 – 150

1ABersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya;

kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya.

2Biarlah mereka yang ditebus oleh TUHAN berkata demikian –

mereka yang telah ditebus-Nya daripada tangan musuh,

3dan dikumpulkan-Nya dari negeri-negeri,

dari timur dan dari barat, dari utara dan dari selatan.

4Mereka telah merayau di gurun dalam kehampaan,

mereka tidak dapat mencari kota untuk didiami.

5Lapar dan dahaga,

jiwa mereka tidak bermaya.

6Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka,

dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka.

7Lalu Dia memandu mereka di jalan yang betul

supaya mereka dapat pergi ke sebuah kota dan tinggal di situ.

8Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya

dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia,

9kerana Dia memuaskan jiwa yang penuh kerinduan,

dan mengenyangkan jiwa yang lapar dengan kebaikan.

10Mereka yang duduk dalam kegelapan dan bayangan maut,

dibelenggu dengan derita serta rantai besi,

11kerana mereka telah memberontak terhadap firman Allah

dan menghina bimbingan Yang Maha Tinggi.

12Oleh itu, Dia menundukkan hati mereka dengan kerja teruk;

mereka jatuh tersungkur, dan tiada siapa yang menolong.

13Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka,

dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka.

14Dia membawa mereka keluar daripada kegelapan dan bayangan maut

dan menghancurkan rantai pengikat mereka.

15Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya

dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia,

16kerana Dia telah memecahkan pintu-pintu pagar gangsa

dan memotong palang-palang besi sehingga patah dua.

35Dia menukar gurun menjadi kolam-kolam air

dan tanah kering menjadi mata air;

36di sana Dia menempatkan orang yang kelaparan,

supaya mereka membina kota sebagai tempat tinggal.