Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 104

A A A
Alkitab Versi Borneo
10Dia menghantar mata air ke pelembahan;

yang mengalir di antara bukit-bukau.

11Mata air memberikan minuman kepada setiap binatang di padang;

keldai-keldai liar menghilangkan dahaganya.

12Di sisinya burung-burung angkasa membuat sarang;

dan menyanyi di cabang-cabang pokok.

13Dia mengairi bukit-bukau dari ruang-ruang atas-Nya;

bumi berpuas dengan buah hasil kerja-Nya.

14Dia membuat rumput tumbuh untuk lembu ternakan,

dan pelbagai tanaman bagi kegunaan manusia – untuk membolehkannya menghasilkan makanan dari bumi:

15air anggur yang menyukakan hati manusia,

minyak untuk menyerikan mukanya, dan roti yang meneguhkan hati manusia.

16Pokok-pokok TUHAN segar dan subur,

pokok-pokok araz di Lebanon yang ditanam-Nya.

17Di situ burung-burung membuat sarangnya;

burung ranggung tinggal di pokok sanubar.

18Bukit-bukit tinggi untuk kambing liar;

curaman-curaman tempat landak bernaung.

19Dia menentukan bulan untuk menandakan musim,

matahari tahu bila waktu untuknya terbenam.

20Engkau mencipta kegelapan, maka menjadi malam,

masa untuk binatang-binatang hutan merayau.

21Singa-singa muda mengaum mencari mangsa

dan memohon makannya daripada Allah.

22Apabila matahari terbit;

mereka berhimpun lalu baring di gua mereka.

23Manusia keluar ke tempat kerjanya,

dan memerah tenaga hingga lewat petang.

24Ya TUHAN, sungguh beraneka hasil kerja-Mu!

Dengan bijaksana Engkau telah mencipta segala-galanya; bumi penuh dengan milik-Mu.