Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 104

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Pujilah TUHAN, wahai jiwaku.

Ya Allahku, Engkau Maha Besar;

Engkau penuh kehormatan dan keagungan.

2Engkau menyaluti diri-Mu dengan cahaya seperti pakaian;

Engkau merentangkan angkasa seperti tirai.

3Dia mengasaskan lantai ruang-ruang atas-Nya di perairan.

Dia menjadikan awan pedati-Nya;

Dia berjalan di atas sayap angin.

4ADia menjadikan para malaikat-Nya sebagai roh,

para hamba-Nya nyala api.

5Engkau yang meletakkan asas bumi;

supaya tidak berganjak selama-lamanya.

6Engkau meliputinya dengan lautan dalam seperti dengan pakaian;

perairan itu berdiri di atas gunung.

7Apabila Kaumurkai, ia lari,

mendengar suara guruh-Mu, ia segera pergi;

8perairan itu telah naik ke atas pergunungan,

ia turun ke pelembahan, ke tempat yang Kauasaskan baginya.

9Engkau telah menentukan sempadan yang tidak boleh dilaluinya;

supaya ia tidak kembali meliputi bumi.

10Dia menghantar mata air ke pelembahan;

yang mengalir di antara bukit-bukau.

11Mata air memberikan minuman kepada setiap binatang di padang;

keldai-keldai liar menghilangkan dahaganya.

12Di sisinya burung-burung angkasa membuat sarang;

dan menyanyi di cabang-cabang pokok.

24Ya TUHAN, sungguh beraneka hasil kerja-Mu!

Dengan bijaksana Engkau telah mencipta segala-galanya; bumi penuh dengan milik-Mu.

25Laut yang besar dan luas, yang tidak terkira banyak isi di dalamnya –

makhluk hidup yang kecil dan besar.

26BDi situ kapal-kapal belayar,

dan Lewiatan yang telah Kaujadikan untuk bermain di sana.

27Semuanya menantikan-Mu

bahawa Engkau akan memberi mereka makanan pada waktu yang ditentukan.

28Apa yang Kauberikan,

mereka kumpulkan;

Engkau membuka genggaman tangan-Mu,

penuh dengan segala yang baik.

29Engkau menyembunyikan wajah-Mu,

mereka menanggung kesusahan;

Engkau mengambil nafas mereka,

lalu mereka mati dan kembali menjadi debu.

30Engkau menghantar Roh-Mu,

lalu mereka dicipta,

dan Engkau membaharui muka bumi.