Alkitab Versi Borneo |
9Hari demi hari kami lalui dalam kemurkaan-Mu;
tahun demi tahun kami akhiri dengan keluhan. 10Hidup kami hanyalah tujuh puluh tahun – dan jika kerana kekuatan usia kami mencapai lapan puluh tahun; tiada kemegahannya kecuali penat lelah dan sedih pilu, kerana sebentar sahaja nyawa pun diragut lalu kami melayang pergi. 11Siapa yang tahu akan kuasa kemarahan-Mu? Kerana seperti ketakutan kepada-Mu, demikianlah kemurkaan-Mu. 12Oleh itu, ajarlah kami menghitung hari kehidupan kami, supaya hati kami bijaksana. 13Kembalilah, ya TUHAN! Berapa lama?
Berikanlah belas kasih kepada hamba-Mu. 14Segera limpahkan kasih setia-Mu kepada kami, supaya kami bergembira dan bersukacita seumur hidup. 15Biarlah kami bersukacita sama panjangnya dengan masa kami Kauazabkan, tahun-tahun kami menemui kedurjanaan. 16Biarlah perbuatan-Mu dilihat oleh hamba-hamba-Mu, dan kemuliaan-Mu oleh anak-anak mereka. 17Dan biarlah berkat Tuhan, Allah kami, turun ke atas kami; dan meneguhkan kerja tangan kami – ya, meneguhkan kerja tangan kita.