Alkitab Versi Borneo |
Renungan Etan, orang Ezrahi.
1Aku akan menyanyi tentang kasih TUHAN selama-lamanya;
dengan mulutku akan kuceritakan kesetiaan-Mu kepada semua keturunan zaman-berzaman. 2Kerana aku telah berkata, "Kasih-Mu akan kekal selama-lamanya, kesetiaan-Mu akan Kauteguhkan hingga ke langit." 3Engkau berkata, "Aku telah membuat perjanjian dengan orang yang Kupilih, Aku telah berjanji kepada hamba-Ku Daud, 4A'Benihmu akan Kuteguhkan selama-lamanya dan takhtamu akan Kupeliharakan untuk keturunanmu zaman-berzaman.' " 5Seisi langit akan memuji keajaiban-Mu, ya TUHAN,
kesetiaan-Mu juga dalam perhimpunan orang yang hidup suci. 6Kerana siapa di langit yang dapat dibandingkan dengan TUHAN?
Siapa antara anak orang berkuasa dapat disamakan dengan TUHAN? 7Allah amat ditakuti dalam perhimpunan orang yang hidup suci; dan amat dihormati oleh semua yang di sekeliling-Nya. 8Ya TUHAN, Allah alam semesta, siapakah yang berkuasa seperti-Mu?
Ya TUHAN, kesetiaan-Mu juga di sekeliling-Mu. 9Engkau menguasai gelora laut; apabila gelombangnya tinggi, Engkau menenangkannya. 10Engkau telah meremukkan Rahab, seperti manusia yang dibunuh; Engkau telah menyebabkan musuh-Mu bertempiaran dengan lengan-Mu yang perkasa. 11Langit milik-Mu, bumi juga milik-Mu; dunia dengan segala isinya, Engkau yang menjadikannya. 12Utara dan selatan, Engkau yang menciptanya; Gunung Tabor dan Hermon bergembira dengan nama-Mu. 13Engkau mempunyai lengan yang perkasa; tangan-Mu kuat dan tangan kanan-Mu tinggi. 14Perbenarani dan keadilan adalah asas takhta-Mu; kasih dan kesetiaan berjalan di hadapan-Mu. 15Diberkatilah orang yang mengenal bunyi bahagia itu,
mereka melangkah, ya TUHAN, dalam cahaya wajah-Mu. 16Dengan nama-Mu mereka bergembira sepanjang hari;
dan dalam perbenaran-Mu mereka ditinggikan. 17Kerana Engkau kemuliaan kekuatan mereka, dan dengan keredaan-Mu tanduk kami ditinggikan.