Alkitab Versi Borneo |
97Oh, betapa kucintai hukum-Mu! Aku merenungnya sepanjang hari. 98Engkau, melalui perintah-perintah-Mu, menjadikan aku lebih bijaksana daripada musuhku, kerana perintah-perintah-Mu sentiasa bersamaku. 99Aku mempunyai pengertian yang lebih dalam daripada semua guruku, kerana peraturan-Mu menjadi renunganku. 100Aku mengerti lebih daripada penatuaku, kerana aku mematuhi ajaran-ajaran-Mu. 101Aku telah mengawal kakiku daripada setiap jalan kejahatan supaya aku dapat mematuhi firman-Mu. 102Aku tidak menyimpang daripada hukum-hukum-Mu, kerana Engkau sendiri telah mengajarku. 103Betapa manisnya kata-kata-Mu bagiku, lebih manis daripada madu bagi lidahku! 104Melalui ajaran-ajaran-Mu aku mendapat pengertian; oleh itu, aku membenci setiap jalan yang palsu.