Alkitab Versi Borneo |
65Engkau telah memperlakukan hamba-Mu dengan baik,
Ya TUHAN, menurut firman-Mu. 66Ajarlah aku pengetahuan dan pertimbangan yang baik, kerana aku percaya kepada perintah-perintah-Mu. 67Sebelum aku ditimpa kesusahan, aku menyeleweng, tetapi sekarang aku mematuhi firman-Mu. 68Engkau baik, dan berbuat baik; ajarlah aku ketetapan-Mu. 69Orang yang sombong telah berbuat dusta tentangku, tetapi aku akan mematuhi ajaran-ajaran-Mu dengan sepenuh hatiku. 70Hati mereka setebal lemak, tetapi aku bahagia dengan hukum-Mu. 71Kesusahan yang menimpaku baik bagiku kerananya aku mempelajari ketetapan-Mu. 72Hukum yang Kaufirmankan lebih baik bagiku daripada ribuan keping wang emas dan perak.