Alkitab Versi Borneo |
13Sebagaimana bapa mengasihani anak-anak,
demikianlah TUHAN mengasihani orang yang takut kepada-Nya; 14kerana Dia tahu bagaimana kita dibentuk, Dia ingat bahawa kita ialah debu. 15Hidup manusia seperti rumput, seperti bunga di padang, begitulah dia berkembang; 16angin meniupnya, maka tiadalah dia lagi, dan tempatnya dahulu tidak mengingatinya. 17Tetapi kasih TUHAN dari selama-lamanya sampai selama-lamanya
bagi mereka yang takut kepada-Nya, dan perbenaran-Nya sampai anak cucu, 18kepada mereka yang mematuhi perjanjian-Nya dan kepada mereka yang mengingati ajaran-ajaran-Nya. 19TUHAN telah menempatkan takhta-Nya di syurga,
dan kerajaan-Nya memerintah semua yang ada. 20Pujilah TUHAN, hai kamu para malaikat-Nya yang amat gagah perkasa,
yang menjalankan firman-Nya dan sentiasa mendengar suara firman-Nya. 21Pujilah TUHAN, hai semua angkatan syurga-Nya,
kamu para hamba-Nya yang melakukan apa yang diredai-Nya. 22Pujilah TUHAN, segala hasil kerja-Nya
di semua tempat yang dikuasai-Nya.
Pujilah TUHAN, wahai jiwaku.