Alkitab Versi Borneo |
Yesus menyembuhkan orang sakit
23AYesus menjelajah ke serata Galilea. Dia mengajar di saumaahi dan menyampaikan Injil Kerajaan Allah serta menyembuhkan semua jenis penyakit dan kesakitan dalam kalangan mereka. 24Berita tentang Yesus tersebar di seluruh Siria. Maka, ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang menghidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya. 25Ramai sekali orang mengikut-Nya: dari Galilea dan Dekapolis (bermaksud Sepuluh Kota), dari Yerusalem, dari Yudea, dan dari kawasan di seberang Yordan.
Alkitab Versi Borneo |
Yang diberkati 1Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2Dia pun mula mengajar mereka: 3"Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. 4ADiberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. 5BDiberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. 6CDiberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran,i
kerana mereka akan dipuaskan. 7Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. 8DDiberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. 9Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia,
kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. 10EDiberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran,
kerana kerajaan syurga untuk mereka.
11FDiberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12GBersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya."