Alkitab Versi Borneo |
12Setelah itu, Yesus masuk ke Bait Suci dan mengusir semua orang yang berjual beli di situ. Dia menterbalikkan meja pengurup wang dan tempat duduk penjual burung merpati. 13ADia berkata kepada mereka, "Telah tersurat, 'Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa, tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri.' " 14Selepas itu, orang yang buta dan yang tempang datang mendapatkan Yesus di Bait Suci, lalu Dia menyembuhkan mereka. 15Tetapi apabila ketua imam dan ahli Taurat melihat segala mukjizat yang dilakukan-Nya, dan kanak-kanak berseru di dalam Bait Suci, "Hosana bagi Anak Daud!" mereka berasa marah. 16BMereka berkata kepada Yesus, "Kamu dengarkah apa yang dikatakan mereka?" Yesus menjawab, "Ya, belum pernahkah kamu baca, 'Daripada mulut kanak-kanak dan bayi yang masih menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.' "