Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 18

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yang terbesar dalam kerajaan syurga

1APada ketika itu para murid Yesus datang bertanya kepada-Nya, "Siapakah yang dianggap terbesar antara orang dalam kerajaan syurga nanti?"

2Yesus memanggil seorang kanak-kanak, disuruh-Nya berdiri di hadapan mereka semua. 3BYesus pun berkata, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali kamu menjadi seperti kanak-kanak kecil, kamu tidak akan masuk ke dalam kerajaan syurga. 4Oleh itu, orang yang dianggap terbesar dalam kerajaan syurga ialah yang merendah diri dan bersikap seperti kanak-kanak.

5Sesiapa yang menyambut seorang kanak-kanak seperti ini kerana nama-Ku, menyambut-Ku."

Matius 19

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus memberkati kanak-kanak

13Beberapa orang membawa kanak-kanak supaya diberkati oleh Yesus dengan meletakkan tangan-Nya ke atas mereka serta mendoakan mereka. Tetapi para murid Yesus memarahi orang yang membawa kanak-kanak itu.

14Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, "Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang seperti itulah yang empunya kerajaan syurga."