Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 10

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus mengutus dua belas orang murid

1Yesus memanggil dua belas orang murid-Nya lalu memberi mereka kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan.

2Nama dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; 3Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadeus; 4Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia.

5Yesus mengutus dua belas orang murid itu dengan petunjuk demikian: "Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. 6Pergilah kepada domba-domba hilang antara keturunan kaum Israel. 7Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat. 8Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yang mati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukan roh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian. 9Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga dalam tali pinggangmu. 10AJangan bawa beg, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu, kerana seorang pekerja layak menerima makanannya.

11Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu. 12Ketika kamu masuk ke rumah itu, berilah salam. 13Jika penghuni di rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu merestui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu. 14BSekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu. 15DESesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu."

16F"Dengarlah, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Hendaklah kamu bijak seperti ular dan tulus seperti merpati. 17GBerhati-hatilah, kerana kamu akan ditangkap lalu diseret ke mahkamah, dan akan disebat di saumaahi mereka. 18Kerana-Ku, kamu akan dibawa ke hadapan pemerintah dan raja sebagai saksi kepada mereka dan kepada bangsa yang tidak mengenal Allah. 19Ketika mereka menangkapmu, janganlah khuatir tentang apa yang harus kamu katakan atau bagaimana kamu harus mengatakannya. Kamu akan diberitahu apa yang harus kamu katakan pada waktu itu. 20Bukanlah kamu yang bertutur, tetapi Roh Bapamu yang bertutur melaluimu.

21HSaudara akan berlaku khianat terhadap saudara, bapa terhadap anak, dan anak terhadap ibu bapa, lalu menyerahkan mereka untuk dibunuh. 22JKamu akan dibenci oleh semua orang kerana nama-Ku. Tetapi sesiapa yang bertahan hingga ke akhir akan diselamatkan. 23Apabila kamu dianiaya di sesuatu bandar, larilah ke bandar lain. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, Anak Manusia akan datang semula sebelum kamu sempat menyelesaikan kunjunganii di semua bandar di Tanah Israel.

24LTiada murid yang melebihi gurunya; tiada hamba yang melebihi tuannya. 25MMurid haruslah berpuas hati menjadi seperti gurunya; hamba haruslah berpuas hati menjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga dipanggil Beelzebul, betapa lagi ahli-ahli keluarganya!"

26N"Jangan takut akan manusia. Yang tersembunyi akan dinyatakan; yang dirahsiakan akan didedahkan. 27Apa yang Kukatakan kepadamu secara rahsia, sampaikanlah secara terang-terang. Apa yang dibisikkan di telingamu, umumkanlah dari atas bumbung. 28Jangan takut akan mereka yang hanya dapat membunuh jasad tetapi tidak berkuasa memusnahkan jiwa. Takutilah Dia yang berkuasa memusnahkan jasad dan jiwa di dalam neraka. 29Bukankah dua ekor burung pipit dibeli dengan harga satu syiling? Namun tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa izin Bapamu. 30Setiap helai rambut di kepalamu telah dihitung. 31Oleh itu, usahlah takut; kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit!"

32"Sesiapa mengakui-Ku di hadapan orang ramai, akan Kuakui di hadirat Bapa-Ku di syurga. 33OSebaliknya, sesiapa yang menyangkal-Ku di hadapan manusia, akan Kusangkal di hadirat Bapa-Ku di syurga."

34"Jangan sangka Aku datang untuk membawa damai ke dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan pedang. 35PDengan kedatangan-Ku, 'anak lelaki melawan bapanya, anak perempuan melawan ibunya, dan menantu perempuan melawan ibu mertuanya. 36Ahli keluarganya sendiri akan menjadi musuhnya.'

37Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. 38QSesiapa yang enggan memikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. 39RSesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangannya, dan sesiapa yang kehilangan hidupnya kerana menjadi murid-Ku akan mendapat hidupnya."

40T"Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku. 41Sesiapa yang menyambut seorang nabiiii kerana dia seorang nabi, akan menerima ganjaran seorang nabi. Sesiapa yang menyambut seorang yang benar kerana dia seorang yang benar, akan menerima ganjaran seorang yang benar. 42Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang memberikan minum walau hanya secawan air sejuk kepada seorang murid-Ku yang paling rendah pun kerana dia murid-Ku, pasti akan mendapat ganjarannya."