Alkitab Versi Borneo |
Askar mengejek Yesus 27Kemudian askar-askar gabenor membawa Yesus ke istana gabenor dan menghimpunkan seluruh pasukan tentera di situ. 28Mereka melucutkan pakaian-Nya dan menyarungkan jubah ungu ke tubuh-Nya. 29Mereka membuat mahkota daripada duri lalu meletakkannya di atas kepala Yesus dan menggenggamkan mensiang di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut kepada-Nya sambil mengejek-Nya, "Hai Raja orang Yahudi!" 30Selepas itu, mereka meludahi-Nya dan memukul kepala-Nya dengan mensiang itu. 31Setelah selesai mempermain-mainkan-Nya, mereka melucutkan jubah ungu itu dan mengenakan semula pakaian-Nya lalu membawa-Nya untuk disalib.