Alkitab Versi Borneo |
Saudaramu yang berdosa terhadapmu 15A"Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu. 16BJika tidak, bawalah seorang dua bersamamu; kerana telah tersurat, 'Setiap tuduhan harus disokong dengan kesaksian dua atau tiga orang saksi.' 17Sekiranya dia enggan menerima nasihat mereka, maklumkan hal itu kepada jemaah. Jika nasihat jemaah pun tidak diterimanya, anggaplah dia seperti orang yang tidak mengenal Allah atau pemungut cukai." 18C"Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apa yang kamu ikat di dunia akan diikat di syurga, dan apa yang kamu uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga. 19Ketahuilah juga, setiap kali dua orang daripadamu di dunia ini bersetuju untuk memohon sesuatu daripada-Ku, permohonan itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku di syurga; 20kerana apabila dua atau tiga orang berhimpun dalam nama-Ku, Aku ada di situ bersama mereka."