Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 16

A A A
Alkitab Versi Borneo

Pengakuan Petrus

13Yesus pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada murid-murid-Nya, "Menurut kata orang, siapakah Anak Manusia ini?"

14AMereka menjawab, "Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain."

15Yesus bertanya, "Menurut kamu, siapakah Aku ini?" 16BSimon Petrus menjawab, "Engkau ialah Kristus, Anak Allah Yang Hidup."

17Yesus berkata, "Diberkatilah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga. 18Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya. 19CAku akan memberikan kunci kerajaan syurga kepadamu. Apa yang kamu ikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kamu uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga." 20Selepas itu dengan tegasnya Yesus melarang murid-murid-Nya memberitahu sesiapa bahawa Dia Kristus.

Yesus memberitahu tentang kematian-Nya

21Sejak itu, Yesus mula berkata terus terang kepada murid-murid-Nya bahawa Dia harus pergi ke Yerusalem dan menanggung banyak penderitaan daripada pihak pemimpin masyarakat, ketua imam, dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akan dibangkitkan semula.