Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Maleakhi 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
13Inilah lagi satu hal yang kamu lakukan: Kamu meliputi mazbah Tuhan dengan air mata, tangisan, dan rintihan, kerana Dia tidak lagi mengendahkan persembahanmu dan tidak berkenan menerimanya daripada tanganmu. 14Kamu bertanya, "Mengapakah demikian?" Kerana Tuhan telah menjadi saksi antara engkau dengan isteri yang kaukahwin pada masa mudamu. Engkau telah mengkhianatinya, padahal dialah teman hidupmu dan isterimu berasaskan ikrar. 15Bukankah Allah menjadikan mereka satu? Jiwa dan roh mereka milik-Nya. Apakah yang dicari-Nya? Dia mencari keturunan yang salih. Oleh sebab itu jagalah dirimu, dan janganlah ada antara kamu yang mengkhianati isteri dari masa mudamu. 16"Aku membenci perceraian," demikianlah firman Tuhan, Allah Israel, "juga orang yang menjadikan tindakan ganas sebagai pakaiannya," demikianlah firman Tuhan alam semesta. "Oleh sebab itu jagalah hatimu dan jangan berkhianat."