Alkitab Versi Borneo |
Kasih kepada musuh 27"Tetapi kepada kamu yang mendengar, Aku berkata: Kasihilah musuhmu, berbuat baik kepada orang yang membenci kamu; 28berkatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu. 29Jika orang menampar sebelah pipimu, biarlah dia menampar sebelah lagi; jika ada orang mengambil jubah kamu, biarkan dia ambil bajumu juga. 30Berilah setiap orang yang meminta sesuatu daripadamu dan jika sesiapa mengambil barangmu, jangan tuntut balik barang itu. 31AApa yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka. 32Jika kamu mengasihi orang yang mengasihimu, apakah kelebihanmu? Malah, orang berdosa pun mengasihi orang yang mengasihi mereka. 33Dan jika kamu membalas baik kepada orang yang berbuat baik kepadamu, apakah kelebihanmu? Orang berdosa pun berbuat demikian. 34Jika kamu meminjami orang yang kamu harap akan memulangkannya, apakah kelebihanmu? Orang berdosa pun meminjami orang berdosa untuk mendapatkan kembali sama banyaknya. 35Tetapi kamu hendaklah mengasihi musuhmu; kamu hendaklah berbuat baik kepadanya dan kamu hendaklah meminjami orang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlah ganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi kerana Dia baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang zalim. 36Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan."