Alkitab Versi Borneo |
42Ketika Yesus berusia dua belas tahun, mereka pergi menghadiri perayaan itu seperti biasa. 43Setelah tamat perayaan itu, mereka pun berangkat pulang; tetapi Yesus, anak mereka itu tertinggal di Yerusalem dan ibu bapa-Nya tidak menyedari hal itu. 44Mereka menyangka Dia ada bersama teman-teman seperjalanan. Oleh itu, mereka berjalan sepanjang hari sebelum mereka mencari-cari Yesus dalam kalangan kaum keluarga dan kenalan mereka. 45Apabila mereka tidak menjumpai-Nya, mereka kembali ke Yerusalem untuk mencari-Nya. 46Selepas tiga hari, mereka akhirnya menemui Yesus di dalam Bait Suci. Dia duduk dikelilingi oleh guru-guru Taurat sambil mendengar pengajaran mereka dan menanya soalan. 47Semua orang yang mendengar Yesus kagum akan pengertian dan jawapan-Nya. 48Ketika ibu bapa-Nya melihat-Nya, mereka juga kagum lalu ibu-Nya berkata, "Anakku, mengapakah Engkau berbuat demikian terhadap kami? Ibu dan ayah begitu bimbang mencari-Mu." 49Lalu Yesus menjawab, "Mengapakah ibu dan ayah mencari Aku? Tidakkah ibu dan ayah mengetahui Aku harus melakukan kerja Bapa-Ku?" 50Tetapi mereka tidak memahami apa yang dikatakan-Nya kepada mereka. 51Kemudian Dia pulang bersama mereka ke Nazaret. Dia taat kepada mereka. Ibu-Nya menyimpan segala perkara ini dalam hatinya. 52AYesus semakin membesar dan bijaksana. Dia diredai Allah dan manusia.