Alkitab Versi Borneo |
Domba yang hilang 1APada suatu hari semua pemungut cukai dan orang yang berdosa datang mendengar Yesus. 2Orang Farisi dan ahli-ahli Taurat bersungut-sungut, "Orang ini menyambut orang berdosa dan makan bersama mereka." 3Yesus pun mengatakan ibarat ini kepada mereka. 4"Jika seorang antara kamu mempunyai seratus ekor domba lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor domba di padang lalu pergi mencari domba yang hilang itu sehingga ditemukannya. 5Setelah dia menemukannya, dia memikul domba itu di atas bahunya. 6Setibanya di rumah, dia memanggil sahabat-sahabat dan jiran tetangganya lalu berkata, 'Bergembiralah dengan aku kerana aku telah menemukan domba aku yang hilang itu.' 7Aku berkata kepadamu bahawa begitu jugalah kegembiraan di syurga kerana seorang yang berdosa bertaubat lebih daripada kegembiraan ke atas sembilan puluh sembilan orang yang benar yang tidak perlu bertaubat."