Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
18Zakharia berkata kepada malaikat itu, "Bagaimanakah aku dapat mengetahui perkara ini akan berlaku? Aku telah tua dan isteriku pun telah lanjut usianya."

19AMalaikat itu menjawab lagi, "Akulah Gabriel yang berdiri di hadirat Allah, telah diutuskan untuk menyampaikan berita baik ini kepadamu. 20Ketahuilah, oleh sebab engkau tidak percaya kepada kata-kataku ini yang akan dipenuhi pada masanya, engkau akan menjadi bisu dan tidak dapat bertutur hingga pada hari semua perkara ini berlaku."

21Sementara itu, orang yang berhimpun itu ternanti-nanti akan Zakharia; mereka sangat hairan kerana dia begitu lama di dalam Bait Suci. 22Apabila dia keluar, dia tidak dapat bertutur kepada mereka. Maka ketahuilah mereka bahawa Zakharia telah nampak suatu penglihatan di dalam Bait Suci. Dia menggunakan isyarat dengan tangannya kerana dia tetap bisu.

23Setelah tamat masa perkhidmatannya, Zakharia pulang ke rumahnya. 24Kemudian, Elisabet, isterinya pun hamil lalu dia menyisihkan diri selama lima bulan, katanya, 25"Inilah perbuatan Tuhan bagiku. Pada hari-hari ini Dia telah berkenan menghapuskan aibku di hadapan orang."