Alkitab Versi Borneo |
Corak kehidupan dan rumah tangga 18AIsteri, tunduklah kepada suamimu, sebagaimana yang patut dalam Tuhan. 19BSuami, kasihilah isterimu dan jangan berlaku keras terhadapnya. 20CAnak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam segala perkara, kerana demikianlah yang diredai Tuhan. 21DBapa, jangan sakitkan hati anak-anakmu, supaya mereka tidak tawar hati. 22EHamba sahaya, dalam segala hal turutlah perintah orang yang menjadi tuanmu dalam perkara dunia; bukan secara bermuka-muka, untuk menyukakan hati manusia, tetapi dengan tulus ikhlas dan takut akan Allah. 23Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia,