Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kisah Para Rasul 9

A A A
Alkitab Versi Borneo
26Apabila Saul sampai di Yerusalem, dia cuba menghubungi para murid Yesus tetapi mereka takut dan tidak percaya bahawa dia benar-benar murid Yesus. 27Barnabas membawa Saul ke hadapan para rasul dan menceritakan bagaimana dia telah melihat Tuhan ketika dalam perjalanan, kata-kata Tuhan kepadanya dan keberanian Saul menyebarkan nama Yesus di Damsyik. 28Selepas itu, Saul keluar masuk di Yerusalem bersama para rasul serta mengajar nama Tuhan dengan berani. 29Dia bercakap dan berhujah dengan orang Yahudi peranakan Yunani; mereka pun hendak membunuhnya. 30Apabila para murid Yesus yang lain mengetahui hal itu, mereka membawa Saul ke Kaisarea dan menghantarnya ke Tarsus.

31Dengan demikian sejahteralah jemaah di seluruh Yudea, Galilea dan Samaria. Jemaah itu diberi kekuatan dan hidup dengan takut kepada Tuhan. Dengan pertolongan Roh Kudus bilangan mereka semakin besar.