Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kisah Para Rasul 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
22Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Yesus orang Nazaret itu seorang Manusia yang dipersaksikan oleh Allah kepadamu dengan mukjizat, keajaiban dan tanda yang dilakukan Allah melalui-Nya dalam kalangan kamu. Kamu sendiri tahu tentang hal itu. 23ADia, yang diserahkan kepadamu seperti yang telah dirancangkan dan ditentukan oleh Allah, telah kamu salib dan bunuh dengan bantuan orang durjana. 24BAllah telah membangkitkan-Nya, setelah membebaskan-Nya daripada kesengsaraan maut, kerana tidak mungkin maut dapat menahan-Nya. 25CKerana Daud telah berkata tentang-Nya: 'Bahawa aku telah melihat Tuhan sentiasa di hadapanku.

Dia ada di sisi kananku,

aku tidak akan goyah.

26Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira;

jasadku juga akan bersandar pada harapan.

27Kerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut,

dan Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu reput.

28Engkau telah menunjukkan jalan hidup,

dan Engkau akan memenuhiku

dengan kebahagiaan di hadirat-Mu.'

29Saudara-saudaraku, aku akan bercakap terus terang kepadamu tentang moyang kita Daud, bahawa dia sudah meninggal dan dimakamkan, dan makamnya ada di tanah kita sampai hari ini. 30DOleh sebab dia seorang nabi dan menyedari bahawa Allah telah berjanji kepadanya dengan bersumpah bahawa Dia akan mendudukkan seorang daripada benih keturunan jasadnya di atas takhtanya. 31Dia telah melihat terdahulu hal ini, maka dia bercakap tentang kebangkitan Kristus, bahawa roh-Nya tidak akan ditinggalkan di alam maut, dan jasad-Nya tidak akan reput.

32Allah telah membangkitkan Yesus ini dan kami semua menyaksikannya. 33Dia telah dinaikkan ke syurga ke sebelah kanan Allah, dan daripada Allah Bapa Dia telah menerima Roh Kudus yang telah dijanjikan-Nya. Lalu Dia mencurahkan Roh itu seperti yang kamu lihat dan dengar sekarang. 34EDaud tidak naik ke syurga, tetapi dia sendiri berkata demikian, 'Tuhan berfirman kepada Tuanku:

Duduklah di sebelah kanan-Ku,

35sehingga Kujadikan musuh-musuh-Mu alas kaki-Mu.'

36Oleh itu, hendaklah seluruh keturunan kaum Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Yesus, yang kamu salib itu, Tuhan dan Kristus."