Alkitab Versi Borneo |
Khutbah Petrus 14Petrus berdiri bersama sebelas rasul lagi lalu berkata dengan suara yang lantang, "Saudara-saudara orang Yahudi dan semua penduduk di Yerusalem, ketahuilah hal ini serta dengarlah baik-baik kata-kataku. 15Mereka ini bukanlah mabuk seperti saudara-saudara sangka, kerana hari baru jam ketiga.i 16Tetapi inilah yang dikatakan oleh Nabi Yoel: 17A'Bahawa akan berlaku pada akhir zaman, firman Allah, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia. Anakmu lelaki perempuan akan bernubuat, Orang mudamu akan melihat penglihatan, Orang tuamu akan bermimpi. 18Dan ke atas hamba-Ku lelaki perempuan, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ketika itu, lalu mereka bernubuat. 19Aku akan menunjukkan keajaiban di langit dan tanda di bumi, darah dan api serta kepulan-kepulan asap. 20Matahari akan menjadi gelap, dan bulan menjadi seperti darah, sebelum tiba hari Tuhan yang besar dan mulia. 21Dan terlaksanalah kelak, bahawa sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.'