Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kisah Para Rasul 2

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kedatangan Roh Kudus

1AApabila tiba Hari Pentakosta, mereka semuanya bersama-sama di suatu tempat. 2Tiba-tiba kedengaran bunyi dari langit seperti angin kencang menderu, memenuhi seluruh rumah tempat mereka sedang duduk. 3Kemudian kelihatan lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api rupanya, dan setiap satu hinggap di atas setiap orang daripada mereka. 4Mereka semuanya dipenuhi Roh Kudus lalu mulai bertutur dalam pelbagai bahasa asing, seperti yang diberikan oleh Roh itu.

5Pada waktu itu terdapat orang Yahudi yang salih daripada segala bangsa di bawah langit tinggal di Yerusalem. 6Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengar orang bertutur dalam bahasanya. 7Mereka hairan dan takjub lalu berkata sesama sendiri, "Bukankah semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea? 8Bagaimanakah mungkin masing-masing kita mendengar bahasa ibunda sendiri? 9Orang Partia, Media, dan Elam, orang yang tinggal di Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia Kecil. 10Frigia dan Pamfilia, Mesir dan kawasan-kawasan Libya yang bersempadan dengan Kirene, pengunjung dari Romai, 11baik berbangsa Yahudi mahupun penganut agama Yahudi, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengar mereka bercakap dalam bahasa kita masing-masing tentang perbuatan Allah yang menakjubkan." 12Oleh itu, mereka hairan dan bingung lalu bertanya sesama sendiri, "Apakah ertinya semua ini?"

Jemaah yang pertama

42Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, dan pada persaudaraan, pembahagian roti dan doa.

43Rasa takut memenuhi setiap hati dan banyak keajaiban serta tanda dilakukan melalui para rasul itu. 44BKetika itu semua yang beriman tetap bersatu dan berkongsi segala yang ada pada mereka, 45serta menjual harta benda mereka lalu membahagikannya antara mereka menurut keperluan seseorang. 46Demikianlah setiap hari mereka di Bait Suci dengan satu hati, dan membahagi roti dari rumah ke rumah, lalu memakan rezeki mereka dengan sukacita dan tulus hati, 47sambil memuji Allah dan menerima rasa muhibah daripada semua orang. Setiap hari Tuhan menambah bilangan jemaah mereka itu dengan orang yang diselamatkan.