Alkitab Versi Borneo |
14Wahai merpatiku di celah-celah bukit batu, di persembunyian pada terjal-terjal gunung, biarlah aku tatap parasmu, biarlah aku dengar suaramu, kerana merdu suaramu dan elok parasmu. 15Tangkaplah untuk kami segala rubah itu, rubah yang kecil-kecil, yang merosakkan kebun-kebun anggur, ketika kebun-kebun anggur kami sedang berbunga." 16Kekasihku milikku, dan aku miliknya; dia menggembala domba di antara bunga bakung. 17Sebelum bertiupnya angin senja dan bayang-bayang menghilang, kembalilah, wahai kekasihku! Jadilah seumpama kijang atau seumpama anak rusa di gaung-gaung Pergunungan Beter.