Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kejadian 28

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mimpi Yakub di Betel

10Yakub meninggalkan Bersyeba dan pergi ke Haran. 11Sampailah dia di suatu tempat dan lantaran matahari sudah terbenam, bermalamlah dia di situ. Dia mengambil sebuah batu yang berada di situ untuk dijadikan bantal lalu berbaringlah dia di situ. 12ADia pun bermimpi bahawa dia ternampak sebuah tangga yang terdiri di bumi dengan bahagian puncaknya sampai ke langit. Para malaikat Allah turun naik di tangga itu. 13BTampak pula TUHAN berdiri di sisi Yakub dan berfirman, "Akulah TUHAN, Allah Abraham, datukmu, dan Allah Ishak. Tanah tempat kamu berbaring ini akan Kuberikan kepadamu dan kepada keturunanmu. 14CKeturunanmu akan menjadi begitu ramai sebagaimana debu tanah, dan kamu akan berkembang ke barat, ke timur, ke utara, dan ke selatan. Melalui kamu dan melalui keturunanmu semua kaum bangsa di bumi akan memperoleh berkat. 15Sesungguhnya, Aku menyertai kamu dan akan menjaga kamu ke mana-mana pun kamu pergi. Aku akan membawa kamu kembali ke negeri ini, kerana Aku tidak akan meninggalkan kamu sampai Aku melaksanakan apa yang telah Kujanjikan kepadamu."

16Lalu terjagalah Yakub dari tidurnya. Katanya, "Sesungguhnya, TUHAN hadir di tempat ini dan aku tidak mengetahuinya!" 17Dia menjadi takut lalu berkata, "Betapa menggerunkan tempat ini! Ini tidak lain daripada Rumah Allah! Dan ini pintu gerbang syurga!"

18Keesokan harinya Yakub bangun pagi-pagi. Dia mengambil batu yang dijadikan bantalnya lalu mendirikannya menjadi sebuah tugu dan menuangkan minyak ke atas tugu itu. 19Dia menamai tempat itu Betel; biarpun dahulunya kota itu bernama Lus. 20Kemudian Yakub pun bernazar, katanya, "Jika Allah menyertai aku dan menjaga aku di jalan yang kutempuhi ini, memberikan kepadaku makanan untuk dimakan dan pakaian untuk dipakai 21sehingga aku kembali dengan selamat ke rumah ayahku, maka TUHAN akan menjadi Allahku, 22dan batu yang kudirikan sebagai tugu ini akan menjadi rumahi Allah. Aku akan mempersembahkan kepada-Mu sepersepuluh daripada segala sesuatu yang Kaukurniakan kepadaku."