Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ibrani 9

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kristus Pengantara manusia

11Tetapi Kristus datang sebagai Imam Besar bagi perkara-perkara baik yang akan datang, dengan khemah yang lebih besar dan lebih sempurna, yang bukan buatan manusia, bukan sebahagian daripada kejadian alam. 12Bukan dengan darah kambing atau anak lembu, tetapi dengan darah-Nya sendiri, Dia masuk ke dalam Tempat Yang Maha Suci, sekali untuk selama-lamanya, kerana Dia mendapatkan penebusan yang kekal.

Ibrani 9

A A A
Alkitab Versi Borneo
15Itulah sebabnya Dia menjadi Pengantara bagi perjanjian baru, melalui kematian, untuk menebus kesalahan di bawah perjanjian pertama, supaya mereka yang dipanggil dapat menerima janji warisan yang kekal.

16Apabila ada wasiat, semestinya ada kematian pewasiat. 17Wasiat berkuat kuasa selepas kematian seseorang, kerana langsung tiada kuasanya selagi pewasiat masih hidup. 18Perjanjian pertama itu pun tidaklah ditentukan tanpa darah. 19ASetelah Musa menyampaikan segala ajaran kepada semua orang menurut hukum Taurat, dia mengambil darah anak lembu dan kambing, dengan air, bulu domba berwarna merah, dan hisop, lalu merenjiskannya ke atas kitab serta semua orang, 20sambil berkata: "Ini darah bagi perjanjian yang telah diperintahkan Allah kepadamu." 21BSelepas itu, dia merenjiskan juga darah ke atas khemah dan segala alat ibadat. 22CMenurut hukum Taurat hampir segala-galanya disucikan dengan darah, dan tanpa tumpahan darah tidak ada pengampunan.