Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ibrani 10

A A A
Alkitab Versi Borneo

Bertekun selalu

19Oleh itu, saudara-saudara, kita telah mempunyai keberanian untuk masuk ke Tempat Yang Maha Suci melalui darah Yesus, 20melalui jalan yang baru dan hidup, yang dibukakan-Nya untuk kita, menerusi tirai, iaitu tubuh-Nya. 21Kita mempunyai Imam Besar di atas isi Rumah Allah. 22AMaka marilah kita hampir dengan hati yang tulus dan iman yang teguh sepenuhnya. Hati nurani kita telah direnjis sehingga suci daripada kejahatan dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang bersih. 23Marilah kita berpegang teguh pada pengakuan harapan kita tanpa berganjak, kerana Dia yang berjanji sentiasa setia. 24Marilah kita saling perhatikan satu sama lain untuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik. 25Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar Hari Tuhan itu kian hampir.