Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Hakim-Hakim 11

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yefta menyelamatkan Israel

1Yefta ialah seorang pahlawan yang gagah perkasa tetapi dia anak seorang perempuan sundal. Ayah Yefta ialah Gilead. 2Isteri Gilead juga melahirkan anak-anak lelaki untuknya. Setelah anak-anak isterinya itu besar, mereka mengusir Yefta dan berkata kepadanya, "Engkau tidak dapat mewarisi pusaka dalam rumah bapa kami kerana engkau anak lelaki daripada perempuan lain." 3Yefta pun lari meninggalkan para saudaranya itu lalu menetap di Tanah Tob; di sana penjahat berkumpul bersama-samanya dan pergilah mereka bersama dengannya.

4Tidak lama selepas itu, bani Amon berperang melawan orang Israel. 5Ketika bani Amon memerangi orang Israel, kalangan tua-tua Gilead pergi menjemput Yefta dari Tanah Tob. 6Kata mereka kepada Yefta, "Marilah menjadi ketua kami semoga kita boleh berperang melawan bani Amon."

7Tetapi Yefta menjawab para tua-tua Gilead itu, "Bukankah kamu membenci aku dan mengusir aku daripada keluargaku? Mengapa kini sewaktu kamu terdesak kamu datang kepadaku?"

8Maka berkatalah para tua-tua Gilead kepada Yefta, "Memang kami mendatangi kamu supaya kamu mengikuti kami untuk berperang melawan bani Amon, dan engkau akan menjadi pemimpin yang mengetuai kami dan seluruh warga Gilead."

Petaka nazar Yefta

29Lalu Roh TUHAN turun ke atas Yefta. Dia berjalan melintasi daerah Gilead dan Manasye, lalu melintasi Mizpa di Gilead, dan dari Mizpa di Gilead dia melintas ke daerah bani Amon.