Alkitab Versi Borneo |
10ASetiap orang yang bergantung kepada usahanya sendiri mengerjakan hukum Taurat adalah terlaknat, kerana sudah tersurat: "Terlaknatlah orang yang tidak terus-menerus melakukan segala yang tersurat dalam Hukum Kitab Taurat." 11BJelaslah bahawa tiada siapa pun diperbenar di mata Allah dengan mengerjakan hukum Taurat, kerana, "Orang yang benar akan hidup dengan iman." 12CHukum Taurat tidak berdasarkan iman; tetapi, "Orang yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya." 13DKristus telah menebus kita daripada laknat hukum Taurat itu dengan menanggung laknat itu untuk kita, kerana telah tersurat: "Terlaknatlah setiap orang yang tergantung pada kayu salib." 14Dia menebus kita supaya berkat Abraham datang kepada bangsa asing melalui Kristus Yesus, dan kita menerima Roh yang dijanjikan itu melalui iman.