Alkitab Versi Borneo |
Tiada lagi perhambaan 1Sekarang aku berkata bahawa waris, selagi dia masih kanak-kanak, tidak berbeza daripada hamba, walaupun dia tuan kepada segala miliknya. 2Dia di bawah kawalan para penjaga dan pengurus sehingga masa yang ditetapkan oleh bapanya. 3Demikianlah kita, ketika masih kanak-kanak, diperhamba menurut ajaran asas dunia. 4Tetapi apabila sampai waktunya, Allah telah menghantar Anak-Nya, yang dilahirkan melalui seorang perempuan, di bawah hukum Taurat, 5Auntuk menebus mereka yang di bawah hukum itu, supaya kita mendapat hak sepenuh sebagai anak. 6Dan kerana kamu anak-anak-Nya, Allah telah menghantar Roh Anak-Nya ke dalam hatimu, Roh yang berseru, "Abba, Bapa." 7Dengan demikian kamu bukan lagi hamba tetapi anak; dan sebagai anak, Allah telah menjadikan kamu waris-Nya.