Alkitab Versi Borneo |
23Sebelum datangnya iman, kita dikawal oleh hukum Taurat, dikurung sementara menantikan iman yang akan dinyatakan kelak. 24Oleh itu, hukum Taurat ialah guru kita, yang membawa kita kepada Kristus untuk diperbenar oleh iman. 25Tetapi selepas datangnya iman, kita tidak lagi di bawah pengawasan hukum Taurat. Anak dan waris melalui Kristus 26Kamu semua telah menjadi anak Allah melalui iman dalam Kristus Yesus. 27Dan semua antara kamu yang telah dibaptiskan dalam Kristus telah meliputi dirimu dengan Kristus. 28Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Kristus Yesus. 29ADan jika kamu milik Kristus, kamu ialah benih Abraham, dan menjadi waris menurut janji itu.