Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ezra 6

A A A
Alkitab Versi Borneo
14BPara tua-tua orang Yahudi pun meneruskan pembinaan itu dengan baik, di bawah sokongan nubuat Nabi Hagai dan Zakharia anak Ido. Mereka terus membina dan menyelesaikan bait itu menurut perintah Allah Israel, serta menurut ketetapan para raja Parsi, iaitu Kores, Darius, dan Artahsasta. 15Maka selesailah pembinaan semula bait itu pada hari ketiga pada bulan Adar, dalam tahun keenam pemerintahan Raja Darius.

16Kemudian orang Israel, para imam, bani Lewi, dan semua yang lain yang pulang daripada pembuangan merayakan perasmian Rumah Allah itu dengan gembira.