Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ezra 4

A A A
Alkitab Versi Borneo

Menghalang kerja-kerja pembinaan

1Apabila musuh bani Yehuda dan bani Benyamin mendengar bahawa umat yang pulang daripada pembuangan itu sedang membina Bait Suci bagi Tuhan, Allah Israel, 2Amereka pun mendekati Zerubabel dan ketua kaum keluarga lalu berkata, "Biarlah kami turut serta dalam kerja-kerja pembinaan itu bersama-sama kamu, kerana kami juga beribadat kepada Allahmu sama seperti kamu. Kami juga telah mempersembahkan korban kepada-Nya sejak zaman Esarhadon, raja Asyur yang membawa kami ke sini."