Alkitab Versi Borneo |
10AKetika jurubina meletakkan asas Bait Suci Tuhan, tampillah para imam dengan pakaian istiadat mereka sambil membawa nafiri, manakala bani Lewi daripada bani Asaf pula membawa gembereng dengan tujuan untuk memuji Tuhan menurut petunjuk Daud, raja Israel. 11BKemudian mereka menyanyi secara berbalas-balasan sambil memuji dan mengucap syukur kepada Tuhan: "Kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya terhadap Israel." Seluruh rakyat bersorak-sorai dengan suara yang nyaring sambil memuji Tuhan, kerana asas Bait Tuhan telah diletakkan.