Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ester 8

A A A
Alkitab Versi Borneo
11Di dalam surat itu raja mengizinkan orang Yahudi yang ada di setiap kota untuk berkumpul dan mempertahankan diri masing-masing. Mereka boleh memusnahkan, membunuh, dan membinasakan mana-mana pasukan bangsa dan wilayah yang hendak menyerang mereka berserta kanak-kanak dan kaum perempuan mereka, dan boleh merampas harta milik kumpulan orang itu. 12Hal itu hendaklah dilakukan dalam satu hari di seluruh wilayah Raja Ahasyweros, iaitu pada hari ketiga belas pada bulan kedua belas, bulan Adar. 13Salinan titah itu dijadikan undang-undang di setiap wilayah dan diumumkan kepada segala bangsa, supaya orang Yahudi bersiap menjelang hari itu untuk menuntut balas atas para musuh mereka. 14Para utusan pantas yang menunggang kuda teji kerajaan pun bersegeralah pergi atas perintah raja itu. Undang-undang itu juga dibentangkan di dalam puri Susan.

15Kemudian Mordekhai keluar dari hadapan raja dengan memakai pakaian kerajaan berwarna biru dan putih, dengan mahkota emas yang besar, dan jubah daripada kain linen halus berwarna ungu. Seisi kota Susan pun bersorak-sorak dan bersukacita. 16Dengan itu, orang Yahudi beroleh rasa selesa dan sukacita, kegirangan dan hormat. 17Di setiap wilayah dan di setiap kota, di mana-mana sahaja perintah dan undang-undang raja itu sampai, ada sukacita dan kegirangan dalam kalangan orang Yahudi, ada jamuan dan hari yang baik hinggakan ramai orang di negeri itu menjadi orang Yahudi kerana diri mereka dilanda oleh rasa takut terhadap orang Yahudi.