Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Efesus 6

A A A
Alkitab Versi Borneo

Senjata Allah

10Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-Nya. 11Pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya iblis. 12Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara. 13Oleh itu, pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan pada masa yang penuh kejahatan, dan berdiri tegap setelah kamu melakukan segalanya.

14BDengan demikian, berdirilah dengan tegap setelah mengikat pinggangmu dengan tali pinggang kebenaran, memakai perbenarani sebagai perisai dada, 15Cmenyarungkan ke kakimu persediaan menyebarkan Injil perdamaian. 16Yang paling utama, memakai perisai iman, untuk memadamkan segala anak panah berapi si durjana, 17Ddan ketopong penyelamatan serta pedang Roh, iaitu firman Allah. 18Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih.