Alkitab Versi Borneo |
22ABerkenaan kelakuanmu yang dahulu, kamu menyingkirkan dirimu yang lama, yang dirosakkan oleh hawa nafsu tipu daya; 23dan kamu diperbaharu dalam roh pemikiranmu; 24Cserta berubah kepada diri baru yang dicipta menurut teladan Allah dalam perbenarani dan kesucian sejati. 25DOleh itu, janganlah lagi berdusta. Hendaklah setiap orang daripada kamu bercakap benar sesama manusia kerana kita adalah sesama anggota. 26E"Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa." Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam, 27dan jangan beri tempat kepada iblis. 28Orang yang mencuri hendaklah berhenti mencuri dan mula bekerja, membuat sesuatu yang baik dengan tangannya, supaya dapat memberi kepada orang yang kekurangan. 29Janganlah biarkan kata-kata yang kesat keluar dari mulutmu, tetapi lafazkanlah teguran baik yang membina, mengikut keperluannya, supaya membawa berkat kepada yang mendengar. 30Dan janganlah kamu menyedihkan Roh Kudus Allah yang telah mematerai kamu bagi hari penebusan. 31Singkirkanlah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan umpatan, bersama segala niat jahat. 32FDan berbelas kasihlah satu sama lain, bersikap baik, saling memaafkan, sebagaimana Allah telah mengampunimu dalam Kristus.