Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Bilangan 11

A A A
Alkitab Versi Borneo

Pelbagai rungutan orang Israel

1Lalu bersungutlah orang Israel di hadapan Tuhan mengenai nasib malang yang menimpa mereka dan ketika Tuhan mendengarnya, menyalalah kemurkaan-Nya lalu api Tuhan menyala dalam kalangan mereka dan menghanguskan bahagian pinggiran perkhemahan. 2Maka berserulah bangsa itu kepada Musa dan Musa pun berdoa kepada Tuhan, lalu padamlah api itu. 3Itulah sebabnya tempat itu dinamai Tabera kerana api Tuhan menyala dalam kalangan mereka.

Rungutan tentang makanan

4Maka pada suatu waktu, gerombolan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam kalangan mereka itu amat bernafsu untuk makan daging lalu menangislah orang Israel seraya berkata, "Kalaulah ada yang memberi kita daging untuk dimakan! 5Kita ingat akan ikan yang kita makan di Mesir yang didapati dengan percuma sahaja, mentimun, tembikai, bebawang, bawang merah, dan bawang putih. 6Tetapi sekarang kita kurus kering. Tidak ada apa-apa selain manna yang kita lihat di hadapan mata."

7AManna itu seperti biji ketumbar dan kelihatan seperti damar. 8BBangsa itu berjalan ke sana ke mari memungutinya, lalu mengisarnya di dalam pengisar atau menumbuknya di dalam lesung. Setelah itu, mereka memasaknya dalam periuk lalu merebusnya di dalam belanga lalu membuat kuih bundar daripadanya. Rasanya seperti rasa penganan yang dibakar dengan minyak. 9Apabila embun turun di perkhemahan itu pada malam hari, turun jugalah manna itu.

10Musa mendengar ratapan umat itu, semua orang daripada kaum masing-masing menangis di depan pintu khemah mereka. Maka menyalalah murka Tuhan yang besar, tetapi Musa berasa tidak senang. 11Lalu kata Musa kepada Tuhan, "Mengapakah Engkau menyusahkan hamba-Mu ini? Mengapakah tidak ada rahmat bagi hamba di mata-Mu, sehingga beban seluruh bangsa ini Kautanggungkan kepadaku?