Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ayub 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
13Pada suatu hari, ketika para anak Ayub baik lelaki mahupun perempuan sedang makan dan minum air anggur di rumah abang sulung mereka, 14datanglah seorang pesuruh kepada Ayub dan berkata, "Ketika lembu-lembu sedang membajak dan keldai-keldai betina merumput berhampiran, 15orang Syeba datang menyerbu dan merampas semuanya. Mereka membunuh para penjaga dengan mata pedang. Hanya hamba seorang sahaja yang terselamat sehingga dapat menyampaikan hal ini kepada tuan."

16Ketika orang itu berbicara, datanglah seorang yang lain lagi dan berkata, "Api Allah menyambar dari langit, membakar kawanan domba dan para penjaganya serta menghanguskan mereka. Hanya hamba sendirilah yang terselamat sehingga dapat menyampaikan hal ini kepada tuan."

17Ketika orang itu bercakap, datanglah seorang yang lain lagi dan berkata, "Orang Kasdim membentuk tiga buah pasukan dan menyerbu kawanan unta. Mereka merampas semuanya dan membunuh para penjaganya dengan mata pedang. Hamba seorang sahaja yang terselamat sehingga dapat menyampaikan hal ini kepada tuan."

18Ketika orang itu bercakap, datanglah seorang yang lain lagi dan berkata, "Anak-anak tuan, baik lelaki mahupun perempuan, sedang makan-makan dan minum air anggur di rumah abang sulung mereka. 19Tiba-tiba datanglah angin yang besar lagi kencang dari seberang gurun tandus menghentam keempat-empat penjuru rumah itu, lalu rumah itu pun roboh menimpa para anak muda itu sehingga mati mereka semua. Hanya hamba sendirilah yang terselamat sehingga dapat menyampaikan hal ini kepada tuan."

20Maka berdirilah Ayub. Dia segera mengoyakkan jubahnya, dan mencukur rambut kepalanya lalu bersujud di tanah dan menyembah, 21katanya, "Dengan telanjang aku keluar daripada kandungan ibuku,

dan dengan telanjang juga aku akan pergi.

TUHAN yang memberikan; TUHAN yang mengambil,

segala puji bagi nama TUHAN!"

22Dalam semua hal ini Ayub tidak berdosa atau menuduh Allah berbuat salah.