Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kisah Para Rasul 20

A A A
Alkitab Versi Borneo

Perpisahan dengan para tua-tua jemaah di Efesus

17Dari Miletus Paulus menyuruh orang pergi ke Efesus memanggil tua-tua jemaah di situ. 18Apabila mereka datang menemuinya, Paulus berkata, "Kamu semua tahu cara hidupku sejak aku bersamamu, dari hari pertama aku datang ke Asia. 19Aku telah memperhambakan diri kepada Tuhan dengan sehabis-habis rendah hati dan dengan air mata. Sudah beberapa cubaan menimpa diriku akibat pakatan orang Yahudi. 20Aku tidak pernah menyembunyikan daripadamu sesuatu yang berfaedah kepadamu. Aku menyatakan segalanya kepadamu dan mengajarmu baik di khalayak ramai mahupun di rumah masing-masing, 35Dalam semua perkara aku telah menunjukkan teladan kepadamu iaitu bagaimana kamu juga patut bekerja demikian untuk menolong orang yang lemah; dan ingatlah firman Tuhan Yesus, 'Memberi itu lebih berkatnya daripada menerima.' "

36Setelah berkata demikian, Paulus berlutut dan berdoa-doa bersama semua yang hadir. 37Semuanya menangis seraya memeluk dan mencium Paulus. 38Mereka berdukacita terutamanya kerana dia berkata bahawa mereka tidak akan memandang mukanya lagi. Kemudian mereka menghantarkannya ke kapal.